PEMAIN import tengah Terengganu, Sony Norde, mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa buah kelab dari dalam dan luar negara.
Jelas pemain kelahiran Haiti itu, ketika ini beliau masih meneliti tawaran yang diterima dan hanya akan memuktamadkan soal masa depannya pada Januari depan, lapor Stadium Astro.
Sony yang menyertai skuad Peteh pada musim 2023 telah beraksi dalam 29 perlawanan, mencetak sembilan jaringan serta 13 bantuan jaringan dalam semua pertandingan yang disertai.