KEMELUT kewangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mungkin berakhir selepas dikhabarkan telah mendapat talian hayat baharu.
Ini selepas pihak pengurusan dikhabarkan sudah mendapatkan penajaan bagi musim ini 2024/25 yang hampir bernilai RM10 juta.
Perkara ini disahkan oleh Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar dalam satu kenyataan mengenai makluman Pelancaran Jersi dan Status Perekonomian Kedah baru-baru ini.