FIRST Instance Body (FIB) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan membuat siasatan terhadap dakwaan dibuat Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Syed Yazid Syed Omar.
Ini selepas Syed Yazid pada Jumaat mempersoalkan keputusan FIB sebagai badan bebas untuk memberikan lesen terhadap KL City FC yang membolehkan mereka beraksi dalam Liga Super 2024/25.
Pertikaian itu dibuat selepas skuad Warga Kota difahamkan berdepan masalah tunggakan gaji dan kelewatan membuat caruman KWSP sepanjang musim lalu.