Dengar Suria

Sukan

Dah tiba masa ganti Ifwat, KDA FC antara 3 kelab patut sambar Rahadiazli

BARU-BARU ini, penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim dilaporkan akan meninggalkan Sang Penyu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Ia selepas Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner menyuarakan hasratnya untuk melepaskan Rahadiazli secara pinjaman kepada pasukan lain.

Menurut Steinbruckner, pemain berusia 23 tahun itu perlu berhijrah ke pasukan lain untuk mengelak daripada terus sekadar menjadi penjaga gol kedua dan memanaskan bangku simpanan susulan prestasi yang kurang memberangsangkan musim lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%