KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) menghadapi masalah kewangan serius sepanjang musim 2024/25, dengan pemain dan pegawai pasukan mengalami tunggakan gaji sehingga 10 bulan.
Situasi itu menyebabkan kebimbangan mengenai kelangsungan pasukan dalam Liga Super pada musim depan.
Pada 13 Mac, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan bahawa KDA FC dan Sri Pahang FC berkemungkinan besar tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan akibat pengurusan kewangan yang tidak cekap, di mana perbelanjaan melebihi pendapatan.