BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang menjaringkan 900 gol sepanjang zaman.
Penyerang Al Nassr itu meledak gol ke-900 dalam kariernya ketika membantu Portugal menewaskan Croatia 2-1 dalam perlawanan pertama Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat.
Portugal membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi bek kanan Manchester United, Diogo Dalot sebelum Ronaldo mencetak gol kemenangan selepas menyempurnakan hantaran lintang Nuno Mendes pada minit ke-34.