TERUJA apabila Olimpik Paris 2024 membuka tirainya secara rasmi pada awal pagi Sabtu, bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menitipkan pesanan buat atlet negara agar tidak cemas ketika beraksi.
Chong Wei di laman sosialnya menceritakan pengalaman pertama kalinya beraksi di Sukan Olimpik Athens pada 2004.
“Saya nasihat atlet supaya jangan cemas. Tapi… mustahil tak cemas. Semasa saya turun gelanggang ketika Olimpik pertama saya, walaupun bertemu Ng Wei dari Hong Kong, bergetar juga tangan kerana cemas.





