KEPUTUSAN positif diraih Terengganu FC di laman sendiri pada Sabtu apabila menundukkan Perak FC 3-1 untuk berada di kedudukan kedua Liga Super.
Jaringan awal Nurillo Tukhtasinov pada minit keenam memastikan momentum berpihak kepada skuad Sang Penyu meskipun pasukan pelawat menampilkan aksi bersemangat.
Namun, jurang kualiti yang jelas menyukarkan anak-anak buah Yusri Che Lah menembusi benteng pertahanan tuan rumah sepanjang babak pertama dimainkan.