PERLAWANAN Liga Super bakal kembali mewarnai liga bola sepak tempatan dengan pertembungan menarik antara Selangor FC berdepan Perak FC yang akan berlangsung pada 25 November nanti.
Pasukan Selangor FC perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk meraih tiga mata sekiranya ingin kekal berada pada kedudukan kedua liga.
Dalam pada itu, Gergasi Merah disarankan agar tidak memandang rendah skuad Seladang yang kini dilihat berada dalam momentum terbaik.