PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Nafuzi Zain merakamkan penghargaan kepada pemainnya yang mempamerkan persembahan meyakinkan dalam saingan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC pada Sabtu meskipun dipalit isu tunggakan gaji.
Nafuzi berkata, pemain berupaya memberikan tumpuan dan meraih kemenangan justeru berharap ia dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya bagi memburu tangga kedua liga dan tiket ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.
“Saya sangat berterima kasih kepada pemain saya, kita memahami situasi tersebut (tunggakan gaji) tapi dari segi komitmen pemain, mereka tetap memberi 100 peratus komitmen dan dari segi latihan mereka tetap hadir menjalani latihan.