Dengar Suria

Sukan

Bulu tangkis asyik meleret di jaring, Pearly Tan-M. Thinaah hanya kalah nasib

MISI dipikul beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk beraksi di pentas akhir temasya Olimpik 2024 tidak kesampaian selepas mereka tewas kepada pasangan China, Chen Qingchen-Jia Yifan pada Jumaat.

Selepas tewas dalam set pertama 12-21, gandingan wanita nombor satu negara itu bangkit untuk memenangi set kedua dengan keputusan 21-18.

Tetapi, dalam rubber set pula, pasangan dari China memastikan reputasi sebagai pilihan pertama apabila memastikan kemenangan dengan skor 21-15 untuk menempah slot ke pentas akhir.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%