PENGENDALI Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Dauh yakin anak buahnya berpeluang untuk melakukan kejutan menjelang pertemuan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Pusingan 16 Piala FA nanti.
Bukit Tambun FC yang merupakan pasukan dari Liga A1 Semi Pro diundi bertemu pasukan Sang Kenari di pusingan 16 yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Bagi Hasbul, beliau secara peribadi menghormati reputasi skuad Hijau Kuning yang dilihat sebagai sebuah pasukan gergasi yang sangat berpengalaman dalam kejohanan besar seperti Piala FA.