PEMAIN baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Richard Chin kini dalam misi tersendiri untuk beraksi dalam Harimau Muda pada masa terdekat.
Malah, bek kiri tersebut dilihat cukup bersemangat apabila dia sudah memasang cita-cita bagi menguasai Bahasa Melayu supaya memudahkan proses komunikasinya bersama rakan sepasukan.
“Pemain di sini sememangnya mengalu-alukan kehadiran saya. Saya akan cuba untuk belajar bahasa ibunda bagi membolehkan saya berhubung dengan rakan sepasukan di atas padang.