PENYOKONG Sri Pahang FC jelas kecewa dengan pihak pengurusan Selangor FC dalam cara penjualan tiket kerana hanya menyediakan platform pembayaran atas talian untuk menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 pada 1 Disember nanti.
Luahan penyokong-penyokong Sri Pahang itu diluahkan di ruangan media sosial rasmi pasukan sejurus pengumuman penjualan tiket itu pada Isnin (25 November).
Pihak pengurusan Selangor juga hanya menyediakan 800 keping tiket untuk penyokong Sri Pahang bagi menyaksikan perlawanan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.