DEBARAN semakin terasa bagi seluruh penyokong Harimau Malaya apabila skuad kendalian Kim Pan-gon bakal berdepan Syria pada Rabu.
Beraksi jauh dari laman sendiri dan sokongan padu ekor Harimau Malaya, Malaysia akan berdepan pelbagai cabaran sewaktu bertemu dua pasukan yang lebih tinggi rankingnya iaitu Syria dan China.
Menurut penganalisis sukan, Dr Zulakbal Karim, Pan-gon dan para pemainnya bukan sahaja bakal terdedah kepada pertarungan taktikal tetapi mental turut akan teruji.