NAMA Johor Darul Takzim (JDT) tidak asing dalam dunia bola sepak tanah air apabila sering dikaitkan dengan kemenangan demi kemenangan, antaranya juara Piala Malaysia sekali gus mencipta kejayaan ‘quadreble’ selepas memenangi saingan Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super musim 2022.
Tidak dinafikan bahawa JDT memiliki barisan pemain yang boleh dikatakan cukup sempurna dari pelbagai aspek antaranya jentera serangan, pemain tengah dan pertahanan skuad tersebut.
Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa pasukan Harimau Selatan memiliki hampir keseluruhan barisan pemain yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan masing-masing di atas padang.