PENYERANG skuad kebangsaan, Darren Lok menggambarkan tuah tidak memihak jadi punca kekalahan 0-2 di tangan Oman pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Selasa.
Daripada mengeluh kekurangan kecergasan perlawanan dalam kalangan pemain dan keadaan padang yang teruk, Darren hanya berpendapat bahawa malam menentang Oman pada Selasa itu bukan milik mereka.
“Kami (Harimau Malaya) tidak boleh meneruskan dengan alasan seperti padang tidak betul atau liga tidak berlangsung jadi punca tewas. Malam ini (Selasa) sama sekali bukan malam kami.