PENYOKONG Terengganu FC (TFC) menyeru agar pasukan kesayangan mereka bangkit daripada kekalahan 0-4 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lalu (26 Julai).
Kekalahan di tangan JDT itu juga mencalarkan rekod empat perlawanan tanpa tewas Sang Penyu dalam saingan Liga Super musim ini.
Dalam perlawanan itu, Bergson da Silva berjaya merekodkan hatrik pertamanya musim ini disusuli dengan jaringan Heberty Fernandes.