BEKAS pemain import Selangor FC, Richmond Boakye akhirnya mendapat kelab baharu selepas setahun bergelar ejen bebas apabila kontraknya ditamatkan oleh Gergasi Merah pada musim lalu.
Pemain kelahiran Ghana itu menyertai kelab Bosnia, FK Sloga Meridian apabila dia menjadi sebahagian sembilan bintang baharu yang menyertai kelab Liga Perdana Bosnia-Herzegovina.
“Richmond Boakye sah menyertai kelab FK Sloga Meridian,” kata kelab itu dalam satu kenyataan ringkas di platform media sosial rasmi mereka.