KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, dijangka akan mengekalkan DNA Croatia dalam pasukan itu apabila membawa masuk pemain tengah baru, Marin Pilj, untuk menggantikan bekas ketua pasukan, Habib Haroon, bagi saingan musim 2024/25, lapor Stadium Astro.
Pilj, yang sebelum ini beraksi bersama kelab liga utama Croatia, NK Varazdin, dijangka melengkapkan perpindahan ke Terengganu dalam waktu terdekat, sekali gus menjadi pemain kedua dari negara itu selepas Ivan Mamut.
“Kedua-dua mereka merupakan pemain yang amat bagus. Kita sedia maklum apa yang telah dilakukan Ivan buat kami musim lalu, banyak gol penting dijaringkannya,” kata Steinbruckner.