KEDAH Darul Aman FC kini berada dalam situasi yang tidak menentu akibat masalah gaji yang berlarutan.
Lebih memburukkan keadaan, terdapat khabar angin yang mengatakan Sang Kenari mungkin akan menarik diri daripada saingan Liga Super atau beraksi di Liga A1 Semi-Pro pada musim depan. Namun, pihak pengurusan Kedah telah menafikan desas-desus tersebut.
Walaupun menghadapi cabaran besar, pemilik KDA FC, Tan Sri Daud Bakar tidak membiarkan kejatuhan Sang Kenari berlaku.