Dengar Suria

Sukan

Bukan fizikal tapi faktor kecergasan pemain menjadi penentu prestasi — Kim Swee

BEKAS Ketua Jurulatih skuad Bawah-23 (B-23) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, menganggap faktor fizikal bukan jaminan untuk mana-mana pasukan berasa selesa menjelang aksi pertama Kumpulan D, Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada Rabu depan.

Tegasnya, meskipun Harimau Muda bimbingan Juan Torres Garrido diklasifikasikan sebagai pasukan yang memiliki pemain dengan ketinggian purata paling rendah sekitar 176.1 sentimeter (sm), faktor kecergasan pemain akan menjadi penentu kepada prestasi skuad negara, lapor Stadium Astro.

Kim Swee, yang pernah membawa Malaysia ke suku akhir kejohanan sama pada 2018, turut melihat skuad negara kali ini memiliki kekuatan tersendiri, terutama di bahagian tengah, yang mampu mencorakkan hala tuju pasukan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/bukan-fizikal-tapi-faktor-kecergasan-pemain-menjadi-penentu-prestasi-kim-swee/