SELANGOR FC terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 di tangan pasukan tuan rumah, Terengganu FC selepas mempamerkan aksi buruk dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Terengganu pada Sabtu.
Antara pemain yang menerima kritikan daripada penyokong Selangor ialah Khuzaimi Piee dan penyerang import, Richmond Boakye.
Namun kapten pasukan juga tidak terlepas dari kritikan penyokong yang mana ada mendakwa dia sudah mula ‘lemau’ berikutan faktor umur.