MASA depan pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan yang sudah tidak lagi bersama Selangor FC masih lagi menjadi perbualan utama ketika ini.
Baru sahaja menamatkan saingan di pentas antarabangsa dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, tumpuan kembali terarah kepada kancah bola sepak tempatan.
Ketika pemain berusia 36 tahun itu masih lagi tidak mempunyai kelab, antara pasukan berminat untuk mendapatkan khidmatnya adalah skuad yang berpangkalan di Lembah Klang,” lapor Stadium Astro.