ATLET powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Bonnie, 25, meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) lelaki di Porte de La Chapelle Arena pada Jumaat selepas berjaya melakukan angkatan seberat 232kg.
Pencapaian itu sekali gus memadam rekod dunia 231kg yang dipegang oleh Bonnie sendiri sebelum ini.