PENYERANG Manchester City, Erling Haaland mempunyai minggu yang cukup indah buat dirinya sebagai pemain apabila merangkul dua anugerah individu.
Pemain kebangsaan Norway memenangi anugerah UEFA Men’s Player of the Year bagi musim 2022/2023 pada malam undian peringkat kumpulan bagi saingan UEFA Champions League (UCL).
Sebelum itu, Haaland diangkat sebagai PFA Players’ Player of the Year dengan menewaskan rakan sepasukan Kevin de Bryune dan bekas penggempur Tottenham Hotspur iaitu Harry Kane.