MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui bahawa pihak kerajaan negeri sudah tidak mampu membantu menyelamatkan The Bos Gaurus (TBG) akibat kos operasi bola sepak Malaysia yang dianggap “mahal”.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Saarani berkata pada Ahad yang dia memahami keputusan diambil oleh pemilik Perak FC iaitu XOX Bhd untuk menarik diri daripada Liga Super musim depan.
Saarani turut menegaskan yang isu penarikan diri itu bukan hal terpencil, namun ia ibarat masalah besar dalam bola sepak negara.