Dengar Suria

Sukan

Bola sepak Malaysia tak gagal, individu dalam industri yang gagal — TMJ

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bola sepak Malaysia tidak gagal selepas Harimau Selatan membuktikan kejayaan mereka di pentas Asia.

Tunku Mahkota Ismail juga mengemukakan bukti bahawa bola sepak Malaysia berada di landasan yang tepat beberapa tahun kebelakangan ini dengan JDT antara pasukan yang paling banyak menyumbang buat negara.

“Kadangkala ia sukar untuk difahami kenapa sesetengah pihak menganggap bola sepak Malaysia sebagai gagal sedangkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berkembang menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%