KUASA, wang, nama, pencapaian dan legasi kelab membezakan pasukan itu besar ataupun kecil yang mana masing-masing ada kelebihan tersendiri untuk bersaing di pentas bola sepak.
Jika di Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC dan Sri Pahang FC antara pasukan yang boleh dianggap besar dalam kancah domestik.
Manakala, Kuching City FC (KUCF) dan PDRM FC pula antara yang tersenarai dalam kelompok kelab kecil kerana pencapaian dan bajet terhad dimiliki pasukan itu.