WALAUPUN pada awalnya sukar untuk meninggalkan Penang FC, namun kini Khatul Anuar Jalil semakin selesa menjadi watak utama menjaga benteng terakhir Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada musim baharu ini.
Khatul Anuar meninggalkan pasukan berpangkalan di Utara tanah air itu pada Disember tahun lepas selepas dua musim menabur bakti dengan menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga gol Penang FC.
Dia yang tiba ke bumi George Town pada musim 2022 itu berharap untuk membina semula kariernya di Liga Malaysia (Liga M) selepas hanya memanaskan bangku simpanan bersama Kuala Lumpur (KL) City FC untuk saingan 2018 hingga 2021.