JENDELA perpindahan kedua yang sedang berlangsung dari 26 Ogos hingga 22 September menyaksikan beberapa pasukan Liga Super sedang aktif memburu pemain baharu bagi pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M) nanti.
Usaha mencari pemain baharu ini dilakukan pastinya untuk membantu mereka memperkuatkan dan menambah skuad depth pasukan masing-masing dan kembali memperbaiki kedudukan Liga Super.
Antara pasukan yang sedang tidak henti-henti mencari dan sudah pun mengumumkan pemain baharu mereka ialah Johor Darul Ta’zim (JDT). Harimau Selatan kini difahamkan berhasil menandatangani enam pemain baharu.