KELIBAT bekas penjaga gol Kelantan FC, Rozaimi Rahamat dilihat berada dalam gelanggang futsal pasukan Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini yang pastinya mahu membina semula kariernya.
Tentunya kelibat pemain berusia 26 tahun itu bakal menjadi senjata baharu pasukan futsal JDT kerana mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam industri bola sepak.
Sebelum ini, Rozaimi pernah menabur bakti bersama kelab bola sepak JDT II sebelum berpindah ke skuad The Red Warriors (TRW).