Dengar Suria

Sukan

Bikin kecoh di MBPJ: Polis tahan 23 lelaki, salah seorang ‘wanted’ berkaitan kes bunuh

PIHAK berkuasa menahan 23 lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selayang pada petang Sabtu, sebelum aksi Liga Super antara Selangor FC dan Perak FC.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan dua bas dipercayai membawa penyokong bola sepak kira-kira 5 petang di kawasan stadium berkenaan.

“Tangkapan dilakukan susulan kejadian lima individu berusia 19 hingga 22 tahun dipukul kira-kira 4.50 petang iaitu sebelum perlawanan bola sepak itu berlangsung.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%