PERTARUNGAN untuk menentukan kelab terbaik di Asia Tenggara terpaksa ditangguhkan selama seminggu lagi selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 menentang Buriram United pada Selasa.
Dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) di Chang Arena, Buriram, itu menyaksikan wakil Malaysia itu turun menurunkan gandingan Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva di jentera serangan.
Bagaimanapun, Buriram yang berada di bawah bimbingan Osmar Loss, mendominasi permainan dan menyukarkan JDT untuk menembusi, dengan penjaga gol Neil Etheridge tampil dengan aksi cemerlang menafikan percubaan pasukan pelawat.