MANCHESTER City didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris susulan tingkah laku pemain mereka ketika perlawanan menentang Tottenham hujung minggu lalu.
Beberapa pemain bintang City, termasuk Erling Haaland yang berang, mengerumuni pengadil Simon Hooper selepas beliau gagal memberikan ‘advantage’ pada detik terakhir perlawanan.
Haaland berterusan melahirkan kemarahannya ketika dia meninggalkan padang selepas wisel penamat ditiupkan.