MENJELANG kira-kira seminggu lagi sebelum perlawanan final Piala FA antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), kem Gergasi Merah ditimpa isu kecederaan membabitkan pemain utama mereka
Menerusi foto tular di laman Facebook menyaksikan kaki ketua pasukan Gergasi Merah, Safuwan Baharudin berada dalam keadaan berbalut sambil dirinya dipapah oleh salah seorang kakitangan Selangor FC.
Kecederaan menimpa pemain kebangsaan Singapura berkenaan difahamkan berlaku ketika perlawanan bertemu Sabah FC pada Rabu, yang menyaksikan Gergasi Merah menang 2-1 ke atas The Rhinos dalam aksi Liga Super di Stadium Likas dekat Kota Kinabalu, Sabah.