DALAM menghadapi cabaran saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat pemain import dari Brazil iaitu Anselmo de Moraes untuk mengukuhkan bahagian tengah Harimau Selatan.
Pemain berusia 35 tahun yang beraksi di posisi tengah bertahan itu sertai Harimau Selatan selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Wehda pada Julai 2024 yang lalu. Anselmo bertahan selama tiga musim bersama Al-Wehda.
Kehadiran Anselmo difahamkan untuk menggantikan Roque Mesa yang mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika aksi menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari lalu.