SAINGAN Piala Malaysia 2024 bakal menemui episod terakhir dengan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC akan memberi aksi terbaik untuk merebut trofi kejohanan berprestij tersebut.
Harimau Selatan menepati ramalan apabila mudah melangkah ke final Piala Malaysia 2024 selepas menyingkirkan Terengganu FC dengan agregat 6-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu lalu.
Manakala, Sri Pahang FC juga turut mencatatkan pencapaian luar biasa dengan mara ke final setelah menewaskan Sabah FC dengan agregat 3-2. Keputusan itu sekali gus melayakkan pasukan berkenaan ke peringkat akhir Piala Malaysia selepas 11 tahun.