SELEPAS terpaksa menjauhkan diri daripada bola sepak akibat kesalahan doping, pemain tengah Perancis iaitu Paul Pogba semakin hampir untuk kembali beraksi.
Sebelum ini, Pogba digantung selama empat tahun atas kesalahan doping tetapi ia dikurangkan kepada 18 bulan.
Namun begitu, pengurangan tempoh hukuman itu tidak cukup untuknya terus kekal di Juventus dengan kelab tersebut menamatkan kontrak pemain tersebut pada Jumaat.