BEKAS penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap pemain tengah bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa yang telah menunjukkan prestasi cemerlang untuk Harimau Selatan dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) baru-baru ini dapat membawa prestasi terbaiknya ke dalam pasukan Malaysia.
“Dia memang layak dipanggil, terutamanya apabila melihat prestasinya dalam ACLE.
“Kerja keras di bahagian tengahnya sangat baik dan kita juga boleh melihat banyak hantaran yang berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan dari bahagian tengah. Jika dia dapat melakukan perkara yang sama untuk Malaysia, ia akan memberikan kesan yang positif.