RUBEN Amorim tidak berpeluang untuk berbelanja sakan dalam pasaran perpindahan pemain sebaliknya beliau ditugaskan untuk menggunakan sepenuhnya bakat pemain dalam skuad Manchester United yang beraksi di bawah tahap sebenar.
Pengendali terdahulu, Erik ten Hag berbelanja £600 juta (RM3.4 bilion) namun INEOS cuba mengehadkan perbelanjaan di Old Trafford, jadi tidak ada kemungkinan untuk merombak skuad semasa secara besar-besaran selepas terkini berbelanja lebih £200 juta (RM1.13 bilion).
Amorim tiba sebagai ‘ketua jurulatih’, yang pertama dalam sejarah United dan ia sebahagian daripada rombakan semula struktur diketuai CEO, Omar Berrada, pengarah bola sepak, Dan Ashworth dan pengarah teknikal, Jason Wilcox.