SELEPAS tidak dapat pulang menemani isteri bersalin gara-gara tunggakan gaji, pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Milos Gordic akhirnya mengukir senyuman apabila selamat kembali ke Serbia kira-kira dua minggu lalu.
Jika sebelum ini pemain berusia 32 tahun itu hanya mampu melihat anak sulungnya itu di skrin telefon pintar, kini dia bukan sekadar dapat bertentang mata malah turut dapat memeluk bayi perempuannya itu.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Gordic, yang berkongsi gambar bersama anaknya yang kini mencecah usia sebulan di Instagram Story.
Milos Gordic tidak dapat pulang menemani isterinya ketika bersalin kerana masalah tunggakan gaji.