BADAN penganjur liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk membenarkan seramai 12 pemain import didaftarkan buat wakil Malaysia di kejohanan Asia dan Asia Tenggara.
Pindaan tersebut dilihat dapat membantu kelab-kelab Malaysia seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC tampil lebih kompetitif di kejohanan antarabangsa.
Sebagai rekod, sebelum ini kelab Liga Super cuma dibenarkan mendaftarkan 10 pemain import saja sebelum pindaan dilakukan.