BARU-BARU ini, kancah bola sepak tanah air dikejutkan dengan berita kurang gembira apabila pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan pemergian bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak.
Perkara tersebut dikongsikan di laman rasmi Facebook NSFC yang mengatakan bahawa khidmat penyerang veteran itu bersama skuad Jang berakhir.
“Zaquan tidak akan bersama Negeri Sembilan FC mengharungi Liga Malaysia musim ini. Sepanjang kariernya bersama skuad Jang, Zaquan telah membantu pasukan memenangi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Perdana,” tulisnya.