KELAB Arab Saudi, Al-Ittihad dilihat masih belum mengalah dalam mendapatkan bintang Liverpool iaitu Mohamed Salah bagi menguatkan skuad mereka.
Sebelum ini, gergasi bola sepak Arab Saudi itu pernah berusaha mendapatkan Salah sebagai salah satu usaha mengumpulkan bintang bola sepak dunia yang sudah berada di pasukan tersebut seperti Karim Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho.
Namun begitu, usaha mereka tidak menjadi nyata kerana Salah memilih untuk terus bersama Liverpool dengan kontraknya dilaporkan akan tamat pada pertengahan tahun 2025.