PENYERANG sayap kiri Manchester United, Marcus Rashford dikhabarkan menerima tawaran menarik daripda pasukan gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) untuk menyertai kelab berkenaan pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Difahamkan skuad kendalian Luis Enrique itu membuka bidaan sehingga 75 juta euro (RM450 juta) untuk membawa masuk pemain berusia 26 tahun berkenaan bagi menggantikan Kyllian Mbappe yang dijangka akan menyertai Real Madrid.
Walaupun pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ingin meletakkan bidaan graduan Man United itu hampir 100 juta euro, namun pihak pengurusan kelab mungkin tergoda dengan tawaran dari PSG.