KEMODENAN dan kecanggihan fasiliti dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan kunci di sebalik kejayaan pasukan itu di peringkat domestik serta Asia sejak ditubuhkan.
Malah, kemudahan serba lengkap tersebut turut dinikmati pasukan belia yang diberi peluang mengadakan sesi latihan menggunakan teknologi sedia ada dengan ia pasti memberi pengalaman berbeza buat mereka.
Jadi, tidak hairanlah apabila saban tahun, kelab Selatan tanah air itu dapat membentuk ‘ubi muda’ yang kemudiannya diserap ke dalam pasukan senior atau diberi peluang berkelana ke mana-mana pasukan pilihan.