PENGELOLA domestik, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini menjelaskan bahawa dua kelab terbawah Liga Super musim ini akan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada saingan tertinggi tanah air itu dan seterusnya tersingkir ke Liga M3.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan bahawa dua pasukan dari Liga M3 berpeluang beraksi di Liga Super musim 2024 namun beliau menegaskan perkara itu tertakluk kepada kelulusan pelesenan kelab pasukan terbabit.
“Satu slot penyingkiran dan satu ‘play-off’. Bagi pasukan Liga Super, pasukan tercorot akan tersingkir secara automatik sementara pasukan kedua tercorot akan mengharungi ‘play-off’ dengan naib juara Liga M3.