LEGENDA Australia, Tim Cahill mengakui persediaan yang dibuat pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadi sebuah kelab ternama sememangnya luar biasa.
Perkara tersebut dikongsikan di Instagram peribadi miliknya, @tim_cahill selepas mengadakan lawatan ke kelab berkenaan baru-baru ini.
Cahill turut berpeluang meninjau kemudahan Harimau Selatan seperti Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan pusat latihan JDT yang bertempat di Padang Seri Gelam, Johor.