SELAIN meminjamkan lambakan pemain ke pasukan sekitar Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut melepaskan beberapa nama ke luar negara demi meraih minit permainan lebih kerap.
Salah seorang yang diberikan pelepasan sedemikian ialah penyerang sayap kelahiran Portugal, Chico Geraldes selepas pemain itu gagal merebut tempat sejak tiba pada awal musim.
Dia yang pernah menyertai beberapa kelab sekitar Eropah seperti Sporting CP di Portugal serta Eintracht Frankfurt di Jerman jelas bergelut untuk menyesuaikan diri dengan Liga Super.